hari ini ramai yg bertanya pada saya bagaimana ingin membina empayar perniagaan yg besar dgn begitu pantas?senang jer jawapan nya...buatlah pelaburan emas.Tidak kira ianya Emas Maya @ Fizikal....pastikan ianya emas.
Ramai diantara kita yg tidak sedar bagaimana hal ini berlaku?Ianya perlukan teknik dan skill...mengambil satu masa dan pengorbana yg konsisten serta istiqamah yg berterusan.Tidakkah pernah anda terfikir sistem ini telah lama diguna pakai oleh golongan elit utk menambah ekonomi yg sedia ada pd hidup mereka?Kita sering dikaburi dgn Hutang yg tidak pernah selesai dan sering saja merungut asal ada saja benda yg tidak cukup.Memang manusia begitu lahiriahnya..
Disini saya ingin Kongsi kan bersama-sama anda Teknik & Skill yg saya guna pakai utk membuat hidup anda berubah 400%.Ramai yg tidak ambil kisah dan tahu tentang ini...oleh itu mereka lalai dgn hidup masing-masing yg tidak pernah berubah.Renungi sejenak:Bagaiman hari ini golongan cina boleh mencipta kekayaan lebih dari Melayu kita sendiri?Bagaimana orang pakistan dtg Malaysia lenggang jer...tawu-tawu da ada kedai karpet,banyak pula tu...Orang luar dtg Malaysia jd kaya tp kita sendiri miskin di Negara sendiri.
Sejarah Emas di Malaysia

Di dalam naskah Buddha yang paling tertua juga iaitu Jataka ada menceritakan perjalanan pelaut-pelaut India Kuno berlayar hingga ke Suvarnabhumi.


Pelayar China, I-Tsing (634-713) yang belayar ke Sumatera pada abad ke-7 memanggil kawasan-kawasan sekitar Sumatera sebagai Chin-Chou bermaksud negeri-negeri emas merujuk kepada Kerajaan-kerajaan melayu tua didalam teks pelayarannya.

Mengikut Sejarah siam, Raja Suryavarman II membawa 700 ekor gajah untuk membeli emas dengan pemimpin Melayu di Raub, Pahang bagi membina Angkor Wat pada pertengahan abad ke 12.
Berabad-abad lamanya para musafir Arab menyebut pulau Sumatera dengan nama Suwarandib dan kemudian orang-orang Melayu era Klasik menyebutnya sebagai Tanah Serendib (rujuk Sejarah Melayu), di mana kata ‘Suwarandib’ ini sebenarnya adalah penjelmaan dari nama ‘Suvarnadwipa’ dalam lenggok lidah orang Arab. Abu Raihan Al-Biruni, ahli geografi berbangsa Parsi yang mengunjungi Sriwijaya pada tahun 1030 Masehi, ada mencatatkan bahawa negeri Sriwijaya terletak di Pulau Suwarandib;Pulau Emas yang menakjubkan itu.

Kemewahan dan kekayaan Tanah Melayu dengan emas sangat terkenal dari zaman Firaun dan Nabi Sulaiman lagi. Gunung Ledang di Johor dikaitkan dengan Mount of Ophir (merujuk kepada “Lombong Emas Solomon” yang masih menjadi misteri dunia (Ophir berada di Philipines) menyebabkan Tanah Melayu sentiasa diancam, diserang dan dijajah. Nenek moyang melayu dahulu pernah mengganut Agama Budha ketika Tamadun Aryan berkuasa, agama Hindu ketika Brahmin-Brahmin India datang berniaga disini dan akhirnya Islam setelah berhubung terus dengan Saudagar-saudagar Arab di Melaka dan Sumatera.

Ketika zaman imperialisme, British begitu berminat untuk menguasai pengeluaran emas di negeri Pahang yang ketika itu dipimpin oleh Sultan Ahmad dengan pelbagai helah dan tentangan dari pemimpin setempat akhirnya mereka dapat menguasai Pahang dengan bantuan Raja Abu Bakar (sultan johor) dan residen british pertama dilantik di Pahang adalah JP Roger pada tahun 1824.
Rounsevelle Wildman, seorang penulis terkenal dari Amerika Syarikat telah menemui seketul logam yang diambil dari kawasan lombong di tebing Sungai Gemih pada tahun 1894, apabila dileburkan didapati mengandungi emas.

Malaysia bukannya negara pengeksport emas terbesar, malah kita bukan dikalangan 30 negara terbesar memiliki emas, Menurut kajian sebuah institut mineral yang berpangkalan di Amerika, Malaysia berada di tangga ke-39 dunia mempunyai rezab emas yang belum digali.

Kesan dari penjajahan British keatas tanah melayu dari tahun 1817 sehingga 1957 menyaksikan hampir semua emas negara telah dikorek habis habisan oleh penjajah seperti di bekas-bekas lombong di Jeli, Gua Musang dan Tanah Merah, Kelantan yang kini menjadi lombong mati.

Hanya terdapat dua jenis emas di Malaysia iaitu Au-Cu-Ag-Zn di Jalur tengah dan Au-Cu di Jalur timur. Ia biasanya berada di lereng-lereng bukit di kawasan tadahan air sungai. Sungai yang biasa dikaitkan dengan emas adalah sungai Jelai dan Koyan di Pahang.

Sifat Emas
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
- Penggunaan lain: emas (nyahkekaburan)
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Umum | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Nama, Simbol, Nombor | emas, Au, 79 | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Siri kimia | logam peralihan | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kumpulan, Kala, Blok | 11, 6, d | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Rupa | kuning berkilauan![]() | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Jisim atom | 196.966569(4) g/mol | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Konfigurasi elektron | [Xe] 4f14 5d10 6s1 | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Bilangan elektron per petala | 2, 8, 18, 32, 18, 1 | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Sifat fizikal | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Keadaan | pepejal | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Ketumpatan (sekitar suhu bilik) | 19.3 g/cm³ | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Ketumpatan cecair pada takat lebur | 17.31 g/cm³ | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Takat lebur | 1337.33 K (1064.18 °C, 1947.52 °F) | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Takat didih | 3129 K (2856 °C, 5173 °F) | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Haba pelakuran | 12.55 kJ/mol | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Haba pengewapan | 324 kJ/mol | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Muatan haba | (25 °C) 25.418 J/(mol·K) | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Sifat atom | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Struktur hablur | kubus berpusat muka | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Keadaan pengoksidaan | 3, 1 (oksida amfoterik) | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Keelektronegatifan | 2.54 (skala Pauling) | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Tenaga pengionan | pertama: 890.1 kJ/mol | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
kedua: 1980 kJ/mol | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Jejari atom | 135 pm | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Jejari atom (kiraan) | 174 pm | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Jejari kovalen | 144 pm | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Jejari Van der Waals | 166 pm | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Lain-lain | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Sifat kemagnetan | tiada data | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Rintangan elektrik | (20 °C) 22.14 nΩ·m | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kekonduksian terma | (300 K) 318 W/(m·K) | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pengembangan terma | (25 °C) 14.2 µm/(m·K) | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kelajuan bunyi (rod halus) | (suhu bilik) (penarikan dalam) 2030 m/s | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Modulus Young | 78 GPa | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Modulus ricih | 27 GPa | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Modulus pukal | 220 GPa | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Nisbah Poisson | 0.44 | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Skala kekerasan Mohs | 2.5 | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kekerasan Vickers | 216 MPa | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kekerasan Brinell | 2450 MPa | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Nombor CAS | 7440-57-5 | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Isotop | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Rujukan |
Emas ialah unsur kimia dalam jadual berkala yang mempunyai simbol Au(L. aurum) dan nombor atom 79. Emas adalah logam berharga yang dicari-cari untuk syiling, barang kemas dan hasil seni lain sejak zaman dahulu lagi. Logam ini secara asli boleh didapati dalam bentul ketulan nuget atau butir kecil dalam batuan, atau mendapan aluvial. Kadang-kadang ia juga boleh didapati dalam sebatian emas selalunya dengan tellurium. Logam emas adalah padat, lembut, berkilat, dan logam asli yang paling mudah ditempa dan mulur. Emas tulen mempunyai warna kuning terang dan dianggap menarik dan warna ini kekal tanpa mengalami pengoksidaan udara atau air. Emas adalah logam yang dibuat syiling dan berfungsi sebagai simbol kekayaan dan penyimpan nilai sepanjang sejarah manusia. Standard emas telah menyediakan asas untuk dasar kewangan. Ia juga telah dikaitkan dengan pelbagai simbolisme dan ideologi.
Sebanyak 165,000 tan emas telah dilombong dalam sejarah manusia pada tahun 2009.[1] Ini lebih kurang sama dengan 5.3 bilion ons troy atau, dari segi isipadu ialah sekitar 8.500m³. Penggunaan emas baru di dunia adalah sekitar 50% sebagai barang kemas, 40% pelaburan, dan 10% dalam industri.
Walaupun digunakan terutamanya sebagai simpanan nilai, emas mempunyai banyak kegunaan industri moden termasuk pergigian danelektronik. Emas digunakan kerana daya ketahanan yang baik terhadappengakisan dan konduktor elektrik yang sangat bagus.
Secara kimia, emas merupakan logam peralihan. Dibandingkan dengan logam lain, emas tulen secara kimianya paling reaktif, mempunyai ketahanan terhadap asid tetapi kurang berkesan terhadap regia aqua asid campuran akua regia yang boleh melarutkan emas. Emas juga larut dalam larutan alkali sianida yang digunakan dalam perlombongan. Emas juga larut dalam merkuri dan membentuk sebatian amalgam. Emas tidak larut dalam asid nitrik, yang boleh melarut logam perak dan logam asas dan sifat ini digunakan untuk mengesahkan kewujudan emas dalam sesuatu benda.
Kod matawang ISO bagi emas ialah XAU.
Sifat utama
Emas ialah unsur logam yang berwarna kuning berkilauan tetapi boleh juga berwarna seperti delima atau hitam apabila dibahagi dengan halus. Larukan koloid emas pula mempunyai warna berkeamatan tinggi yang biasanya berwarna ungu. Warna yang terdapat pada emas adalah disebabkan oleh frekuensi plasmon emas yang terletak pada julat penglihatan, mengakibatkan warna merah dan kuning dipantulkan sementara warna biru diserap. Hanya koloid perak mempunyai interaksi yang sama terhadap cahaya, tetapi dalam frekuensi yang lebih pendek, sehingga menyebabkan warna koloid perak menjadi kuning. Emas juga merupakan logam yang paling boleh tempa dan dimulurkan. Satu gram emas boleh ditempa menjadi satu kerajang bersaiz satu meter panjang dan satu meter lebar atau 1 auns kepada 300 kaki². Emas biasanya dialoikan dengan logam yang lain untuk menjadikannya lebih keras.
Emas merupakan pengalir haba dan elektrik yang baik, dan tidak dipengaruhi oleh udara dan kebanyakan reagen. Secara kimianya, logam emas tidak boleh diubah oleh haba, kelembapan, dan kebanyakan agenmenghakis dan oleh itu ia amat sesuai digunakan sebagai duit syiling dan barangan kemas.
Emas tulen mengandungi antara 8% dan 10% perak, tetapi biasanya kandungan tersebut lebih tinggi. Aloi semula jadi dengan kandungan perak yang tinggi dipanggil elektrum. Apabila kuantiti perak bertambah, warnanya menjadi lebih putih dan ketumpatan tentunya berkurangan.
Aloi dengan kuprum menghasilkan logam kemerahan, aloi besi berwarna hijau, dan aloi aluminum berwarna ungu. Barang kemas yang dibuat dengan kombinasi emas yang berwarna dijual di Amerika Syarikat dan dikenali sebagai emas Black Hills.
Keadaan pengoksidaan emas yang biasa termasuk +1 dan +3.
[sunting]Aplikasi
Emas tulen adalah terlalu lembut untuk kegunaan biasa, oleh itu logam ini ditambahkan kekerasannya dengan mengaloikannya bersama perak (argentum), tembaga (kuprum) dan logam-logam lain. Emas dan pelbagai jenis aloi emas biasanya digunakan dalam pembuatan barangan kemas,duit syiling dan sebagai pertukaran perdagangan dalam banyak negara. Selain itu, emas boleh mengalirkan elektrik dengan amat baik dan tahan hakisan. Ini menjadikan emas muncul sebagai logam industri penting pada akhir abad ke 20.
Kegunaan lain:
- Emas memainkan beberapa peranan penting dalam pembuatankomputer, alat komunikasi, kapal angkasa, enjin pesawat jet, kapal terbang, dan hasil pengeluaran yang lain.
- Daya tahan terhadap pengoksidaan membolehkan emas digunakan secara berleluasa dalam pembuatan lapisan nipis elektroplat pada permukaan penyambung elektrik untuk memastikan penyambungan yang baik.
- Seperti perak, emas boleh membentuk amalgam keras bersama raksa, dan ini kadang kala digunakan sebagai bahan pengisi gigi.
- Emas koloid (nanopartikel emas) ialah larutan berwarna berkeamatan tinggi yang kini sedang dikaji di dalam makmal-makmal untuk kegunaan perubatan dan biologi (kaji hayat). Ia juga merupakan bentuk yang sering digunakan dalam pengecatan emas pada seramik sebelum seramik dibakar.
- Asid kloraurik digunakan dalam fotografi untuk memberi ton kepada imej perak.
- Dinatrium aurothiomalate digunakan dalam rawatan artritis rheumatoid (diberikan secara suntikan intra-otot).
- Isotop emas Au-198, (Separuh hayat: 2.7 hari) digunakan dalam rawatan barah dan rawatan lain-lain penyakit.
- Emas digunakan sebagai bahan penyalutan untuk membolehkan bahan biologi diperhatikan di bawah mikroskop elektron imbasan.
- Banyak pertandingan dan penganugerahan, seperti Sukan Olimpik dan Hadiah Nobel, pemenangnya akan meraih pingat emas (manakala perak diberikan kepada naib johan, dan gangsa kepada yang ketiga.)
Memandangkan emas merupakan pemantul pancaran inframerah dan cahaya tampak yang baik, logam ini digunakan sebagai lapisan pelindung pada satelit buatan manusia.